SELAMAT DATANGLaman Web RasmiWELCOME

Login

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan & Maklumbalas

Peta Laman

Latar Belakang Profesion Pembantu Pembedahan Pergigian Malaysia

I. Tahun 1951 – Skim Perkhidmatan Penolong Jururawat (Pergigian) telah diwujudkan bagi membantu Doktor Pergigian.
II. Tahun 1959 – Gelaran Penolong Jururawat (Pergigian) telah ditukarkan kepada Pembantu Pembedahan Pergigian (PPP) oleh KKM sehingga sekarang. PPP dilantik secara langsung tanpa latihan formal dan ditempatkan di Klinik Pergigian secara ‘on job training’ selama 2 tahun sebelum disahkan dalam jawatan.
III. 1982 – 1992 – Latihan formal sepenuh masa untuk PPP telah diwujudkan di Sekolah Latihan Pergigian Malaysia (SLPM) Pulau Pinang selama 2 tahun dengan 8 bulan menjalani latihan praktikal di fasiliti pergigian.

Sekolah Latihan Pergigian Malaysia (SLPM)
Skim Perkhidmatan Penolong Jururawat Pergigian

IV. Tahun 1993 – 2017 – Kaedah Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dilaksanakan secara 3 bulan pertama & 3 bulan akhir di Kolej Latihan Pergigian Malaysia. Manakala 18 bulan di Pusat Latihan Amali.
V. Julai 2017 – Kaedah Outcome Base Education (OBE) dilaksanakan sehingga sekarang secara 6 bulan pertama di Kolej Latihan Pergigian Pulau Pinang dengan menjalani Latihan & Orientasi Klinikal selama 7 – 10 kali di Klinik Pergigian. Manakala 15 bulan di Pusat Latihan Amali dan Pelatih juga dapat mempertingkatkan pengetahuan kemahiran dan pengalaman secara praktikal.
VI. PP Bil 4/2005 – Skim perkhidmatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U11, U14 telah melalui pindaan kepada Gred U17, U22, U24 yang berkuatkuasa 1 Januari 2005.

VII. 1 Julai 2016 – PP Bil. 1/2016 Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia dengan penambahan lapisan Gred Kenaikan pangkat ke U28 dan penyeragaman Gred Lantikan.
VIII. Secara umumnya, Pembantu Pembedahan Pergigian adalah anggota auksiliari pergigian yang menjalankan tugas sokongan klinikal membantu pakar pergigian, pegawai pergigian dan pegawai pergigian kontrak dalam prosedur rawatan pergigian.

Scroll to Top