SELAMAT DATANGLaman Web RasmiWELCOME

Login

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan & Maklumbalas

Peta Laman

Sejarah Penubuhan Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia

Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia (KPPPSM) adalah kesatuan sekerja terunggul bagi penjawatan Pembantu Pembedahan Pergigian yang berkhidmat di sektor awam. KPPPSM telah ditubuhkan pada tanggal 13 Jun 1988 dengan No Pendaftaran: 606 dibawah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, Kementerian Sumber Manusia. Pejabat berdaftar pada masa itu adalah Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Taiping, Perak.

KPPPSM juga merupakan salah satu kesatuan yang bergabung dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Kesatuan Pekerja-Pekerja  Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah ditubuhkan pada 23hb Oktober 1957. Tujuan CUEPACS ditubuhkan antaranya adalah untuk membaiki keadaan kerja seperti pengambilan, masa kerja, kenaikan pangkat, tatatertib, gaji, elaun dan lain-lain faedah persaraan anggota.

Lagu Suara Pekerja

1.Memperoleh serta mengekalkan sukatan gaji yang adil dan sesuai, keselamatan bekerja, masa dan syarat-syarat bekerja yang berpatutan dan memberi nasihat serta bantuan mengenai perkara-perkara tersebut.2.
Mengatur perhubungan antara pihak majikan dan pekerja.
3.Mengadakan skim bantuan dan kebajikan untuk ahli.
4.Menganjurkan kursus, seminar dan dialog.
5.Meningkatkan kecekapan serta disiplin dikalangan ahli. Mengembangkan kesedaran kepada ahli tentang kesedaran bertugas yang mengatasi rintangan sosial.
6.Dan lain-lain hal yang bermanfaat kepada ahli.

Scroll to Top