SELAMAT DATANGLaman Web RasmiWELCOME

Login

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan & Maklumbalas

Peta Laman

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab

KENYATAAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PERTUDUHAN YANG MELIBATKAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP)

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) memandang serius kenyataan secara terbuka atau tertutup yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu berhubung pertuduhan melibatkan 8 orang PPP daripada Unit Oftalmologi HQE yang kini masih dalam perbicaraan & masih belum disabitkan bersalah.

Kenyataan tidak bertanggungjawab menuduh perlakuan sama juga dilakukan oleh PPP di semua hospital amat mendukacitakan & menyinggung hati serta perasaan PPP khususnya & anggota KKM yg lain amnya yang turut bersimpati dengan pandangan serong terhadap PPP. Kenyataan ‘pukul rata’ adalah amat tidak adil sedangkan pertuduhan adalah bersifat individu. Amat menyedihkan apabila bandingan dibuat dengan anggota profesion yang lain yang boleh membangkitkan perasaan tidak harmoni.

PPPM tidak teragak-agak untuk membawa bantahan ini kepada peringkat tertentu sekiranya kenyataan seumpama dibuat oleh mana-mana pihak.

Sekian.
Setiausaha Agung
Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia
25 Ogos 2017

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top