Jika Anda Mempunyai kesusahan
Jika tidak bekerja atau mengalami penyakit kritikal, yuran bulanan ahli yang tertunggak akan diberi diskaun atau kadar istimewa dengan mendapat kelulusan bertulis daripada Lembaga Eksekutif atau Delegasi Persidangan.
Jika Anda Memerlukan Bantuan Undang-undang
Sebagai seorang ahli, anda boleh memohon khidmat nasihat dan bantuan guaman dalam perkara berkaitan menjejaskan pekerjaan anda. Dalam kes istimewa, Perlembagaan Kesatuan juga menyediakan bantuan kewangan ke atas kes pengangguran, pemangsaan atau pembantahan profesional.
Jika Anda Ada Masalah
Anda boleh guna perkhidmatan yang disediakan oleh KPPPSM berkaitan perkara pembetulan anomali gaji, cuti, pemindahan, persengketaan dengan pihak atasan dan kes disiplin. Kesatuan selalu berjumpa dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia / Program Kesihatan Pergigian secara rasmi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ahli-ahli. Anda tidak perlu menghadapi masalah sebelum anda dapat mendekati kesatuan, ia juga mendengar sebarang pertanyaan daripada ahli-ahli yang memerlukan khidmat nasihat.
Meningkatkan Profesionalisme
Kesatuan menganjur ceramah, forum, seminar dan bengkel berkaitan isu profesion untuk manfaat ahli-ahli. Aktiviti ini bertujuan mencari jalan penyelesaian untuk masalah PPP setempat, menyediakan arah tuju bagi ahli-ahli biasa dan pemimpin ke arah urusan profesion serta meningkatkan profesionalisme.