SELAMAT DATANGLaman Web RasmiWELCOME

Login

Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan & Maklumbalas

Peta Laman

Kesatuan Pembantu Pembedahan Pergigian Semenanjung Malaysia (KPPPSM) merupakan organisasi yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) dibawah Kementerian Sumber Manusia dengan nombor pendaftaran 606. Mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959, Kesatuan Sekerja atau Kesatuan didefinisikan sebagai apa-apa pertubuhan atau gabungan orang-orang kerja atau majikan-majikan. Mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Kesatuan Sekerja didefinisikan sebagai mana-mana kesatuan sekerja yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran kesatuan sekerja

KPPPSM menjadi pusat rujukan ahli berhak berkenaan Hal Ehwal Profesion PPP Malaysia.  KPPPSM  mewakili Pembantu Pembedahan Pergigian dalam pertikaian pekerjaan dengan majikan bagi menghalang eksploitasi terhadap pekerja. kesatuan turut menyediakan perkhidmatan kebajikan tambahan seperti latihan kemahiran, seminar, kursus, bengkel kepada ahli berhak.

KPPPSM di ketuai oleh seorang Presiden dan timbalan, Seorang Setiausaha Agung dan Timbalan, Seorang Bendahari Agung dan Timblan. Kemudian dibantu oleh Barisan Exco yang mewakili Negeri di Semenanjung Malaysia. Pegawai Perhubungan Negeri di pilih dan dilantik oleh Majlis Jawatankuasa Kerja (MJK) untuk membantu barisan Exco Negeri dalam mengurus pentadbiran di Bahagian.

 

Previous
Next
Scroll to Top